29 May 2009

Kamelia dah balik

Ermm..Hilang windu kat anak buah aku sorang nih..Sebelum aku balik keje mak kol, suh datang umah dia sebab Kamelia dah ade kat umah.Of course aku ingat memang anak buah aku ade arini.

Bila sampai umah jer..dia tgh sleeping beauty la..alahai..comeinyer..nyambil2 borak ngn mak dulu dlm bilik..dah abih borak kakipo aku dh pegang dak Kamelia nih..terus aku gi dukung dia..dah pandai senyum..dah ade tindak balas bile kite panggil nama dia...dia nk org layan dia..pandang je muka aku..what'up it's me la MakngaH..hehehe..

Tapi gambar tak upload la..nantila yer..

23 WEEKS

Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik.Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.Perubahan yang berlaku ialah rambut, tekstur kulit, kuku, dan warna kulit.Rambut menjadi lebat dan berkilauan. kulit menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

18 May 2009

22 WEEKS

Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi semakin aktif. Sebaik-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan, atau bunyi dalam uterus tersebut. Kita sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejka dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dengan perut kita.Insyaallah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh.Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang


12 May 2009

SeSukE jeNJaLaN..

My lovely mertua mak n abah

xdapat jalan kemana pun...hujan daaa

Kat Penang Bridge..hujan lebat giler time nih..


Sebenarnya perjalanan ni dari Taiping ke Penang. Selepas pekena mee udang tetibe MIL aku ajak gi Penang. Mula2 memangla sonok otw tuh..tapi bile nengok keadaan yang tak mengizinkan..ape nk wek..pusing2 jerla Penang.Just gi naik feri n gi makan jerr.. Jalan pun jem je al maklumla ramai balik bercuti..dan pastinya balik ke ipoh jem jgk...huahuahua..patah pinggang je rasa dok dlm kete..

me & hubby



11 May 2009

21 WEEKS

Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan.Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berta yang boleh membebankan bahgian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Selamat Hari Ibu

Hepinyer para ibu2..hehehee

Inila adik beradik MIL aku..laki ade 2 org jer..tapi diorg dok tunggu bila la nak makan kek ni, asyik bergambar je...para bapak2 harap sabar ye, 2day is mother's day..ibu2 nak bergumbira.Aku pun termasuklah jugak kan..bakal ibu...hikhik



para ibu-ibu sila beratur amik gambar

wahhh..gumbira betul nenek yer...dapat bunga lagi..tapi satu je..anak2 punyerla ramai tapi satu je diorg bagik..hampeh tol. Time kasih nek sbb telah melahirkan MIL aku n makcik2 sume...



nenek segala ibu



Kek yang diberi oleh anak-anak untuk ibu-ibunya


Buat mak aku yang bernama Safiah Bt Abu, Selamat Hari Ibu..Walaupun ketika ini mak takde di sisiku ingatanku tidak pernah melupakan mu..Pengorbanan mu selama ini yang mak curahkan kepada ku n adik beradikku tidak mampu kami membalasnya hingga ke hari ini. i love u so mash!

My Lovely Mum







08 May 2009

Mee UdaNg

Actually aku ni ade alergic udang,kalo makan mesti hidung gatai,bersin2 je.Tapi bila dah makan alhamdulilah takde plak..abg aku pun alergic jgk..dia tak makan sangat just kopek kan udang utk aku jer..Macih bang!..


Kat cni memang tak putus2 orang datang je..Kedai ni beroperasi mula jam 7.00am-11.00pm.Gerai Mak teh ni paling famous. Sepanjang jalan ke Kuala Sepetang ni, mmg byk org jual mee udang..sampai tak tau nk gi yang mana satu.Kedai ni jual makanan yang berasaskan udang sahaja.Nasi udang, kuetiaw udang..sume udang2 la..Dah pekena mee udang mestilah ade fresh oren..tapi org yg wat fresh oren tuh takde plak..so hentam je la labu ode ape saja

Mee Udang Semangkuk RM 12



05 May 2009

N.I.N.O ENGAGEMENT

Nino N Fizi.. Salam Pertunangan
Dalam gambo ni aku yang pakai baju merah la bertudung pink..hehehe.dah nampak pewut aku ni dh masuk 20 weeks dah..cam tak caye jerk. Nama tunang adik ipo aku ni Hafizy..panggil fizi je..

Nino ni adik ipo aku.Panggilan manje nino...hehhe. Majlis pertunangan ni pada 02.05.2009 bersamaan ari sabtu di Tmn Ipoh Jaya umah mentua aku.Yang dalam gambar ni detik - detik sarung cincin oleh bakal mak mentua..teringat zaman dolu2...huhuhu

Memori sepanjang majlis berlangsung

20 WEEKS


Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340g.

( Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu )

( Kita akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain )