30 June 2009

28 WEEKS

Bermakna kita hanya tinggal 3 bulan lagi sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. kita mungkin akan sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu juga mungkin akan menglami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahgian betis.

Jangan terkejut jika kita kan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan, kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan TV yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

25 June 2009

3 hari lagi..3 bulan

28.06.09 genap 3 bulan...cayang makngah..ummuah
KAMELIA HANANIA

Terima Kasih Matron Hajijah

Preparation sebelum nak makan..

makan time...slurp..slurp...LAKSA SARAWAK

1stly nak ucapkan time kasih bebanyak kat matron ( Ketua Jururawat ) yang sudi masakkan laksa sarawak ni..lagipun matron nk bersara dah..boleh dibilang ari je..nilah hadiah yang tak seberapa katenye..Segala rempah ratus membuat laksa ni di beli dari sarawak. Matron memang orang sarawak pun. Biasenye kalo teringin sangat nak makan laksa sarawak aku gi jer kat Laksa Shake tuh..

Tapi time ni matron takde la..cuti 3 ari, tp still nak masakkan jugak,heheheh.Tak sangka aritu borak2 pasal laksa sarwak kat pantry akhirnya jadik kenyataan, jeng2...rezeki..dahla masa ni aku baru balik checkup pewut, tgk2 kat pantry ade....waduhhhhh!Alhamdulilah rezeki...









22 June 2009

27 WEEKS


Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam, dan pahit. Kalenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

15 June 2009

Ronda-ronda Melaka

saje je nk enterprem hehhehe...time ni dah 26 weeks
Family MIL aku sampai ari Jumaat 12.06.09 kat Melaka. Kebetulan adik ipo aku dapat tawaran keje gomen as atenden kesihatan. Sebenarnya hampir dah 8 bulan gitu MIL tak balik kampung sejak rumah terbakar time pose lg 2 ari lagi nak raya time tuh..sedey kalo teringat kembali detik2 tuh..
Tuhla time diorang sampai Melaka macam2 planning nak jalan2 kat sini. Tunang Nino pun ada sekali join welkam2 Fizi. Pada Bee awex Arip welkam too.Mehle kenal2 ngan orang Melaka.
13.06.09 aku gi orang kawin sedara jugakla kat Kg jelatang. Dekat je ngan umah aku.Pastu baru gi ronda2 Melaka sampaila ke malam.
14.06.09 makan tengahari kat umah mak aku. Almaklumla mak aku pun dah lame tak jumpe besan dia. Sambil tuh tengok Kamelia sekali.Suke kamelia sebab ramai dok dukong dia. Mak aku masak lauk rebung+tulang masak cili api, sambal udang petai, asam pedas ikan tenggiri, cencalok, sambal belacan kundang...perghhh..pewut sudah berkeroncong sume makanla..pompuan2 sume dok dapur yer..heheheh

Menara Taming Sari


Ermm 1st time aku naik menara nih,walaupun aku ni orang Melaka.Nak naik ni kene bayar RM10 pastu kene tunjukkan Mykad, kalo takde kene caj RM20.Menara ni sebelah je Dataran Pahlawan.Dok kat atas tuh 7 minit, tak lame rase tak puas je..tapi bile nak turun perghhh...gugur jantung nih..

Naik bot menyusuri Sg Melaka

Waktu ni dah pukul 10pm..aku dah kepenatan,tapi aku gagahkan diri juga menemani diorang naik bot. Sebelum naik bot kami singgah di Umbai ,makan di Restoran Terapung Umbai.Time nih arip belanje..huhuhu thanks arip,nanti banje lagik.


Eye On Malaysia, Melaka


Kami je tak naik..sebab dh banyak kali naik.So bagi peluang kat diorang ni naik eye on,huhuhu..masing-masing ade yang yang kecut perut sebab takut pada ketinggian,al maklumlah eye on ni tepi laut, so angin nye selalu berubah..Abah,mak,nenek,nana n epi gondola no 28, Nino, fizi, arip n bee naik gondola no 1..









12 June 2009

Dyan KampunG

Sebenarnye dyan tuh durian kampung..time ngandung ni aku suke sangat makan dyan.Pastu suke kutip dyan..chewah sanggup..sebab baunya tuh mengasyikkan sampai aku drive ni tak sabo2 nk kopek dyan. Tapi aku tak tau nk kopek dyan, abg gak jadik mangsa kopek dyan.Abg aku nih tak hantu dyan..tapi aku memang hantu dyan.

Satu ari aku akan makan 5 ulas durian, nak ikutkan hati bole makan lebih, tapi mengenangkan baby dalam perut ni pening kan dia dalan pewutku ini.PANAS? aku abaikan perkara itu yang penting minum mesti banyak..paling suke kalo wat cicah ngn pulut tuh..waduhhh kecur air liuk..sedap sangat.Ape2 pun i love dyan..aku takde masalah bau dyan..pantang bau pasti nak,hehehehe...

25 WEEKS

Badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin, basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahgian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33cm.

05 June 2009

Wif TokYaNg

Ni la TokYaNg Lia.Ermm..Lia dah keletihan la orang asyik nak dukong dia jer..be a good gurl.Cute sangat Lia mase dipangku oleh TokYang.Lagipun TokYaNg 1st time dukong dia,mase baru bersalin tak berkesempatan nak dukong Lia n main2 ngan Lia. So kakipa n abang aku bawaklah jumpe tokyang n nekyang Lia..Kemain suke diorang dodoikan Lia..Tengok tuh sampai terlelap..hehehhe.

03 June 2009

2 Months

Kamelia Hanania Bt Kamal Safian
Hai aunty2..comel tak saya.Ni katil baru saya. Daddy saya yang belikan.

02 June 2009

Kita akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan kita. Berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahgian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya kita dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.