14 September 2009

39 WEEKS

Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah di ambil.

07 September 2009

38 WEEKS

Kita tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kite kerap mahu membunag air kencing. Berat bayi pada masa ini lebih kurang 3 hingga ke 3.2 kg.

01 September 2009

HB Low

Waduhhh.... risau dibuatnya..tak pernah aku mengalami kepekatan darah rendah. Arini merah tercoret dalam buku merah aku..huhuhu.The result is 10.5 sahaja. Bila dah 9 bulan ni plak HB rendah. Tapi dokter kate masih boleh diperbaiki lagi, tunggu next week 8 September 2009, checkup balik.
Tinggal 2 minggu sahaja lagi aku dijangka bersalin. Risau pun ada, excited pun ade. Persiapan sume aku dah wat. Barang2 baby pun aku dah spare dalam kereta. Sekarang ni plak tekanan kat bawah tuh semakin kuat bile waktu malam..kekadang bole membuat aku mengalirkan air mata menahannya..
Hanya doa sahaja yang mampu aku ucapkan setiap hari agar dipermudahkan bersalin nanti. Kepada kawan-kawanku yang membaca blog ini, aku mohon ampun dan maaf kalo aku ade terkasar bahasa ke, menyinggung perasaan ke..harap diampunkan. Tidak lupe juga nak Raya ni kan..same2 la ye kite bermaaf-maafan. Lepas ni aku akan bercuti selama 2 bulan...huhuhu
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN...

37 WEEKS

Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebnayak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.