24 August 2009

36 WEEKS

Sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Kita perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "variscose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Kita akan berasa perut begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

17 August 2009

35 WEEKS

Akan berlaku perubahan pada diri. Kita akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

13 August 2009

Kamelia oh Kamelia





Alia dah pandai meniarap..tapi tak pandai pusing balik..huhuh..kejap je dah masuk 4 bulan lebih..pasni ape plak aksi alia yer..tp ni bukan video meniarap..time ni aku baru balik keje suke melayan karenah alia nih..

10 August 2009

34 WEEKS

Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim.Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

03 August 2009

33 WEEKS

Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal kita lihat apabila dia lahir kelak. Malah bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya perlu mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana kita mungkin penat ekoran membawa perut yang besar.

Selamat Pengantin Baru

Feeda


Shasha & Razali

Kepada kawan-kawanku Selamat Pengantin Baru. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan zuriat yang comel..Amin..