28 April 2009

19 WEEKS


Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan.Sesetengah ibu akan berlaku stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

23 April 2009

AWARD

Thanks along bg aku award ni..terharu la plak..cam tak caye pun ade..almaklumla lom jadi mama lagi..tp org dh bg award ni..whatever pun Thank u so mash! ummuah

20 April 2009

18 WEEKS

Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim.Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
( Pengaliran estrogen dan progestron semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan masuk minggu ke 18. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah )

16 April 2009

Kiriman MMS dari Johor

selepas dicukur






13 April 2009

17 WEEKS




Rambut, kening, bulu mata, bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari mula terbentuk. Antara keajaiban Allah S.W.T pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

10 April 2009

Majlis Jasamu Dikenang


Semalam ada majlis untuk orang bertukar sebab naik pangkat ke tempat lain..so ramai2 meraikannya di Hotel City Bayview, Melaka..Ramai jgk yang dpt naik pangkat..ape2 pun tahniah untuk semua.


Itu Maknanya?

Kamelia ni ade penggeli sikit.Kalo dia angkat montot dia maknenye dia berak atau kencing..hikhikhik.Al maklumla pompuan kan..dah pandai tau kebersihan diri.

07 April 2009

Selepas Pulih...


Kamelia dah kuar hospital.Tapi dokter dah sahkan memang positif denggi.Kene denggi masa dok kt hospital semasa dilahirkan..Camner ni kt hospital pun ade denggi..esok aku kene bawak kelambu la.

16 WEEKS


Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan.Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta sejak minggu ke 14. kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

02 April 2009

DeMam CaMpaK..

Semalam aku tak sedar handphone aku ada miskol..Lorr mak ghupenye..Aku pun kol balik..mak tersalah tekan nk kol abg pyan (abg sulong) terdail nombor aku lak..aku tanya nape mcm ade poblem aje?
Mak aku pun citer la pagi td mak nk mandikan Kamelia, kak ipo aku pegang dia, kak ipo kate mak badan dia dh banyak ruam la..bila mak aku nengok ni bukan ruam ni,campak ni..apa lagi nurse datang umah..Bila nurse dtg cek betul la kene demam campak
Alahai ciannye...kecik2 dh kene demam campak..ni kene demam campak keladi (halus).Tapi alhamdulilah..Kamelia ni tak merengek diam aje..kuat semangat..Nurse suh bawak kat kecemasan hospital melaka. Bibir Kamelia kering je..bila mak bagi air masak minum smp habis..bile nenen tak mau..
Mase kat kecemasan punyerla ramai orang..tapi mak aku ni pandai merayu rayu kat nurse sane tgklah cian cucu saya baru 5 ari dah kene demam campak.Pastu terus nurse tuh cek suhu kamelia...Bila dapat result..39.9 darjah ..fuihhhh panas tuh...bahaya ni makcik...teruslah Kamelia dibawa ke nursery tempat penjagaan rapi bayi..dekat ngn bilik bersalin n ICU.Tapi hanya parent je leh masuk..
Kemelia ni kene cucuk pun wat bodo je tak nangis..masuk air pun tak nangis..cian tangan kene cucuk masuk air..betulla baby ni memang kuat..apela kak ipo aku ni makan..kebal tol anak dia..kalo budak lain dh lame melalak...huahuahuaaaa....
Tapi aku datang gak kt Hospital tuh tapi aku lepak kat kafe hospital jerla ngan abang long aku n mak aku....Sebelum balik kol kak ipo dia baru dpt katil..yerla dia kan tgh pantang sian dok atas kusi je..penat la tak cukup rehat..doktor plak br amik test darah kamelia lagi.
Doakan sumenye selamat...aku pun rindu gak kt Kamelia ni..tuhla tapi aku takut lak nk dekat ngan dia almaklumla aku ni pun ngandung kang berjangkit lak..takpe tunggu samapai kamelia sihat barulah aku cium dia..alahai..cayangnye...MMUAH!