22 March 2010

Xtvt Hujung minggu

iris katner nih? iris gayat sket bile aku letakkan dia dlm kusi nih..abih dok ketuk cni ketuk sane..sebenarnya tgh dok tdo dlm kete..bile aku kuar je dlm kete terus bersinar je mate dak iris nih..

Sebenarnye ni kat Kedai Nasi Kandar Penang kat Cheng jer..aku maleh nak masak bek1st...actually dah pukul 10am, so memang makanan byk dah abes..layan kedai mamak jerla..aku makan roto sardin je..abg makan nasik..wa wa wa tak hengat..kesian lapo..sape suh bangun lambat?
Then aku terus balik umah mak aku..nk watpe ek? Masak la ape lagi..aku kene masak untuk Sabtu n ahad..uwaaaaa masak untuk ayahku..My mummy gi Cameron ada rombongan kat taman mak aku tuh.. biala dia dok jalan2 sane..lgpun mak aku tak pnh nk gi sane..so aku dipertanggungjawab menjaga makan minum ayahku..
Ni plak Sabtu mlm lepas maghrib busu sebelah suami aku kol suh dtg umah nenek sbb ade majlis burfday thaqif yang ke 1 thn..tak kusangka dah besar dh thaqif ni..sebaya iris..cume iris lambat 6 bulan je..thaqif lahir 10 mac 2009; iris 16.09.2009 (hari 1 malaysia)hehehe...So layan jerla gambar2 kat bawah nih..
Kek Muhammad Iyyad Thaqif - 1year

Happy birthday to Thaqif..ibu n tolong thaqif potong kek..


sorang muke nk tdo..sorang tgh berdebush..

18 March 2010

For u iris


Alhamdulilah..syukur..Banyak plak arini nenen ni dapat aku perah..syukur sesangat..mesti iris suke..nyam2. Pada kebiasaannya taklah aku dapat sebanyak ni...hingga aku rs kecewa n sedey susu makin berkurangan..WHY...WHY...WHY?


Tapi sejak kebelakangan ni..susu yang aku perah kini semakin banyak seperti dulu...Syukur...mybe dulu aku tension ka? aku mkn banyak ka?ermmm..yang penting time perah kene rilex n senyum jer..(sambil ingat iris) tetibe aku dapat merasai breast tegang sgt dan time tuhla susu melimpah ruah...suke sgt...yang penting happy.. :)


Aku bertekad akan menyusukan iris sehinggalah ia mahu berhenti dengan sendirinya...Ibu takkan jemu menyusumu, iris.. malah ibu seronok n berbangga menyusukan dirimu.

08 March 2010

Al- Kisah

Seekor hamster sedang menyusukan anaknya seramai 14 ekor...
Kenyataan ini diambil dari blog SARAKIDS..terpegun saya membacanya n melihat pic ni..
“tengok ni adik, mummy mouse bestfeed (breastfeed) baby dia. banyaknya anak mouse ni (sebenarnya hamster). Mami, badan dia small. Nanti sian mami mouse mati bagi susu banyak2 kat baby mouse banyak2 tu. Nanti mami mouse tu mati baby dia cari la mami mouse lain nak isap susu…kan mami?”
See, anak kecil lebih memikir dari kita yang besar. Pada fikiran dia, jika ibu hamster dah tak ada (mati), kena cari ibu hamster yang lain utk menyusu. Bukan mencari susu lain.
Binatang pun sayangkan anaknya..manusia pun kene mcmtuh jgk..Kalo ibu hamster ni sanggup menyusukan anak2 nya kite jugak bole breastfeed anak kita..Susu ibu is the best...

18 February 2010

Wedding..12 Februari 2010 (Part 1)



Norizawati & Hafizi selamat diijabkabulkan pada jam 4.00pm di Masjid Sg Rokam, Ipoh

Malam berinai

Majlis Khatam Al-Quran dan Berandoi (Iris) cucu pertama

Adik ipar...

wif pengantin..

Malam potong kek..abg pandai nyanyi rupenyer..huhuh

My Family me, hubby n iris our princess..

Ada lagi tau..nanti saya upload..TUNGGU!

Add Image

03 February 2010

Demam Campak


Cian iris muke bintik2..1st day kene..lom kuar abis

Sebelum tuh iris demam tak surut. Kejap ok kejap tak..kepala panas kaki sejuk. mak aku kate macam benda baik nak kuar ( demam campak le..) Alia kene time raya aji..dalam hati aku anak aku kene time bile la..nah amik ko..kan dah kene masin mulut aku..tp time Alia kene aku kat ipoh..huhuhu.

Pastuh aku bawak iris gi klinik..dokter kate dia demam biase je..suhu 37.5 darjah celcius..sederhana panas..tp iris asyik merengek je..hari yang ditunggu-tunggu 1 februari 2010..iris kene demam campak..aku amik cuti 2 ari..termasuklah ayahnye skali.

Ari isnin tuh suamiku gi carik daun bambu (penyembuh demam campak). Gi carik kat SMK Dol Said baru jumpe. Balik umah mak aku, mak rebuskan daun tuh untuk dimandikan. Iris memang suke mandi..dia senyap je. Selepas 10 minit, iris senyap je..badan dia tak miang gatai2 dah..LEGA..kalo tak nahas aku mlm kang berjage. Alhamdulilah mlm tuh dia tdo nyenyak sekali.


Kini iris beransur pulih....

19 January 2010

Burfday!

Inilah hadiah yang aku dapat..cenderahati n kad ucapan..TQ..TQ

January N Disember Besday..

Seronoknyer..

Majlis Hari Lahir Pengurusan Bulan Dis N Jan

Kak Noridah dalam kenangan kami.. Akan berpindah ke Kuantan,Pahang ikut suami....
15 tahun dalam perkhidmatan..lame tuh
..


Besday gurl January from Pengurusan Department



Tarikh : 15 Januari 2010 ( Hari yang bertuah )
Hari : Jumaat
Tempat : Bahagian Pengurusan






14 January 2010

Esok...

Lalalalalalalala..lalalalalalala...ermm nape yek esok..hatiku berdebar-debar..kihkihkih..TUNGGU!

04 January 2010

Where Is My Carrot?

Oh...Alia yang amik carrot MakNgah yer...hehehe..Alia dah 9 bulan

29 December 2009

U Can Do It Gurl

Yeah..Yeah..Yeah
Iris dah boleh meniarap..Alhamdulilah..3 moths 1 week, iris sudah boleh melakukah aksi ini..huhuhu..Tahniah gurl..teruskan usahamu untuk ke peringkat yang seterusnya..chewahhh!

23 December 2009

Adakah Aku Bahagia?

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain.

Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran.

“Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat…

Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati.

Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan.

Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya… Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”.

Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai.

Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati.

Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti?

Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

15 December 2009

1 Hari Lagi..

ayah dukong iris..time to sleep

iris wif ayah..


Hujung minggu kami gi orang kawin..kan musim cuti sekolah la nih..sebenarnye ni 1 st time kami bwk iris gi org kawin..mula2 tuh risau gak bukannye ape takut dia nangis sebab bising kang terkezut kang..alhamdulilah iris be gud gurl..dia senyap je...lagi la dia suke bile orang dukong dia..
Esok genaplah iris 3 months..kejap je masa berlalu. Tak sabar rasenye melihat perkembangan dia..Setiap ari aku melihat keletahnya dan perubahan demi perubahan pada iris..Moga dikau menjadi anak yang solehah...ibu tak pernah jemu menjagamu malah sentiasa merinduimu setiap saat....UMMUAH!
APE IRIS SUKA BUAT ?
  • hisap jari pastu suke wat uwekk tapi tak muntah
  • suke angkat kaki
  • suke angkat kepala mybe nak meniarap kot..
  • senyum bile tukar pampers n bukak baju..
  • kalo nak tido kan iris..kite kene berzikir kat dia..baru dia nak tido..
  • suke tgk kartun...n warne merah..



30 November 2009

Zzzz...Kepenatan

OTW ke IPoh (no pic) : Melaka-Rawang-tdo-nenen; Rawang-Tapah-tdo-nenen; Tapah-Simpang Pulai tdo-bangun... dah smp umah Opah-Ipoh Jaya...nenen
Iris dah tido..huh lega...Masa nih gambar otw balik ke Melaka dari Ipoh..Iris nih dok dalm kete kroh..kroh..je..mentang2 le cuace sejuk je skg nih..bangun nanges nak nenen pastuh kroh..kroh. Nampak tak teddy bear JJ tuh?

Mase gi shopping kat JJ iris suke pandang teddy bear tuh..terus aku beli..sebab mase tuh iris dah nak nanges..ape lagi nenen la..tp time tuh crowded sgt nk kasik dia nenen..bile iris pandang teddy bear terus dia lupe sekejap..hehehe..dlm kete baru dapat nenen..teruk la aku nih!

18 November 2009

Reaksi




Nak nenen ibu...huhuhuhu


p/s : Sorry gambar tak clear sgt sbb 2.0 megapixels jer..hehhe


17 November 2009

IRIS ARIANNA BT MOHD RIZAL

My little princess...ummuah
Dilahirkan secara normal pada 16 September 2009 jam 2.54am di Hospital Besar Melaka.
Seberat 3.3kg dan ketinggian 50cm..SYUKUR..

14 September 2009

39 WEEKS

Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah di ambil.

07 September 2009

38 WEEKS

Kita tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kite kerap mahu membunag air kencing. Berat bayi pada masa ini lebih kurang 3 hingga ke 3.2 kg.

01 September 2009

HB Low

Waduhhh.... risau dibuatnya..tak pernah aku mengalami kepekatan darah rendah. Arini merah tercoret dalam buku merah aku..huhuhu.The result is 10.5 sahaja. Bila dah 9 bulan ni plak HB rendah. Tapi dokter kate masih boleh diperbaiki lagi, tunggu next week 8 September 2009, checkup balik.
Tinggal 2 minggu sahaja lagi aku dijangka bersalin. Risau pun ada, excited pun ade. Persiapan sume aku dah wat. Barang2 baby pun aku dah spare dalam kereta. Sekarang ni plak tekanan kat bawah tuh semakin kuat bile waktu malam..kekadang bole membuat aku mengalirkan air mata menahannya..
Hanya doa sahaja yang mampu aku ucapkan setiap hari agar dipermudahkan bersalin nanti. Kepada kawan-kawanku yang membaca blog ini, aku mohon ampun dan maaf kalo aku ade terkasar bahasa ke, menyinggung perasaan ke..harap diampunkan. Tidak lupe juga nak Raya ni kan..same2 la ye kite bermaaf-maafan. Lepas ni aku akan bercuti selama 2 bulan...huhuhu
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN...

37 WEEKS

Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebnayak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

24 August 2009

36 WEEKS

Sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Kita perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "variscose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Kita akan berasa perut begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

17 August 2009

35 WEEKS

Akan berlaku perubahan pada diri. Kita akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.